Dasar pandang ke timur...itulah yang merupakan realiti asal beberapa negara termasuk di Malaysia sendiri mengekspoiltasi kejayaan rakyat-rakyat di negara khususnya di Jepun dan Korea Selatan dalam kejayaan mereka kembali membangunkan negara masing-masing selepas musibah besar yang melanda negara mereka.
hahaha...macam skema la plak entri aku untuk kedua kalinya nie pun. Tapi itulah hakikat kepada pembaca semua 'macam saya gak' yang kurang minat atau mudah pahamnye boring giler baca asal usul benda yang berkaitan dengan sejarah kalu disampaikan dengan seskemanya. xpe kita cuba pelbagaikan kalu minat usyar-usyar lah.
berbalik pada isu kreatif & Inovatif...sebenarnya percaya atau tidak daya kekuatan untuk mewujudkan perkara-perkara pelik nie biasanya terjadi bila adanya tekanan dari luar/dalam diri. Contohnya macam mamat2 / minah2 MLM di negara kita...Oppss!! tempat kita sendiri pung cukuplah kang sebut negara pening lak nak perabih duit pusing malaysia nengok geng-geng MLM nie pasti kureng tidur dibuatnya. Meniaga Larut Malam (MLM) selalu yg dipakai diorang...yang buruknye kita xyah citer coz makcik jenabpun tau xbaguih bab-bab buruk dikeluarkan.
Baiknya MLM nie adalah kerana ahli akan dilatih untuk meletakkan diri dalam tekanan seperti wajib/perlu sesangat tunjukkan diri bagi menyakinkan downline2 dengan kejayaan singkat memiliki kereta taraf2 mewah spt. Mercedes, BMW, kereta sukan yang canggih manggih dan seangkatan dengannya. Disinilah keunikkan terindah MLM, tekanan yang baik ini memuncak bila diorang nie nak kena bayar ansuran bulanan yang menceceah RM ribu-ribuan. Nak tak nak diorang akan usahakan semampu alam & tidak berputus asa untuk memenangi hati downline2 agar mengikut arus perdana diaorag dan proses ini berulang2 semuanya berpaksikan untuk berjaya, pangkat & bayaran ansuran kereta (cth je tu tau xsemestinya kereta mungkin barang2 mewah yang lain pikir-pikir kan sama kasi jalan kang jem plak)
Tekanan baik = keusahaan semampu alam & tidak berputus asa inilah yang menjadi pencetus segala keinovatifan dan kekreatifan dalam hidup.
No comments:
Post a Comment